" Amirah Tarmizi "

Welcome

Hi! Welcome here.

Call her Amirah. 13 April 199* was the date she born in this world. She open minded, friendly and the only daughter in her family. She always love her family, her friends and her love <3.

Facebook| Twitter| Follow


Love them very much.

Beloved Family
Hubby Bunny
Girlfriends
Boyfriends


"I'm having fun right now"}
Tuesday, 19 July 2016 | 07:48 | 0Comment

Bismillah.
Assalamualaikum dan hai.

Dah lama sangat menghilang. Dan banyak benda berlaku bila kau sedang berada dalam dunia remaja yang sebenar. 

Apa yang aku lalui dekat alam universiti sekarang tak sama macam mana alam persekolahan dulu. Yang selalu rasa terabai sedangkan diri sendiri yang tak ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Yang masih mencari apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup aku. Siapa kawan yang masih setia dengan aku. Banyaklah yang berubah kalau nak diceritakan satu persatu. 

Dalam hidup ni Allah dah tentukan semuanya untuk kita sama ada kita tabah hadapinya atau tidak itu terserah pada diri kita masing-masing. Tapi Allah takkan uji hambaNya jika seseorang tu tidak mampu.

Bila aku dekat universiti nilah baru aku tau dan faham maksud disebalik semua tu. Ya, banyak yang Dia uji aku sebenarnya. Mampu atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu. Walau apapun aku percaya setiap ujian yang diberi selalunya akan buat pandangan aku terbuka luas dengan apa yang aku buat sekarang ni sama ada benar atau salah. Siapa kita nak duga semua tu berlaku kan. Allah tu Maha Mengetahui. 

Terus teranglah aku cakap daripada tahun pertama aku jejakkan kaki bergelar seorang mahasiswi, aku tak pernah terfikir yang aku akan lalui semua ni. Aku akan berjumpa dengan ramai kawan yang kadang kadang dan hampir sekepala dengan aku. Ada yang boleh buat aku nanges ada yang boleh buat aku hilang kawalan "mudah terhibur" aku tu. Hebat kawan kawan aku yang aku jumpa semuanya. Tak semua aku rapat. Tapi bagi aku semua adalah kawan aku. 

Aku tak pernah cakap yang aku sayangkan diaorang. Tapi hakikatnya ya. 

Dalam dua tahun aku dekat sini,  ada yang masih setia dengan aku sampai sekarang. Ada yang pergi tinggalkan aku pada awalnya. Tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku tak kisah. Lumrah yang datang akan pergi. Perbezaannya adalah cepat atau lambat. Apapun yang berlaku adalah atas kehendakNya. 

"I'm having fun right now" sebab semuanya akan jadi kenangan pahit, manis dan aku tengah berusaha menikmati sisa saat yang ada untuk luangkan masa dengan mereka yang aku sayang, kawan kawan dan semuanya. 

Aku takot tak sempat ucap terima kasih untuk kenangan semua ni. Sebab kita dah hampir ke garisan penamat. Dah dekat sangat. Aku hanya mampu tunjukkan perbuatan aku yang aku akan ingat semua kenangan ni dan aku hargai setiap seorang daripada kita. 

Bagi yang baru hadir dalam hidup aku sekarang, kita cuba kekalkan apa yang kita lalui sekarang. Sama ada akan jadi happy ending atau tidak, kita cuba kay sayang. Just remember one thing;

Saya sayangkan awak. Awak sayangkan saya. 

Terima kasih untuk semuanya DAT Family. I LOVE YOU ALL. 







Terima kasih sebab bagi dua tahun aku dekat sini bermakna. Sayang semuanya tapi lagi sayang sloth. Cia cia cia. Kbaiii. Hahaha


I love you all <3
LotOFLove: Amirah Tarmizi